Tuesday, April 23, 2013

banjingan

layan macam binatang
layan macam tahi
layan macam lahanat 
hah ! tu kau 
rasa hebat ,rasa bangga , rasa diagungkan
ludah kau sana sini
hina orang merata rata
tak nampak cacinya kau
tak nampak kejinya kau
rasa megah ! bagus !
sibuk hal dunia
kononya nak berjaya 
tak nak dipijak 
pergi lah kau dengan dunia sementara hoi

semalam yang lalu

Semalam kau berkata begini
semalam kau kata begitu
semuanya indah dan bahagia
kau taburkan apa yang dikata
disukat dikira bersama
semua bersama
rindu indah walaupun jauh katanya
katanya makan tidur semua ingat
Kini kau bisu
kabut dengan dunia durjana
semua tak diingat
semua ditolak tepi
kata-kata itu jadi harapan
kenangan basi !

Monday, April 8, 2013

Tuesday, April 2, 2013

Orang Asing

Tak kenal
tak tahu siapa kau
tak tahu asal usul kau
tak tahu mana kau datang
sekelip mata ada disisi kami
kau bangsat
kau pendatang
kau lahanat
kau pemusnah segalanya
tak layak bersama kami
nyah kau dari keluarga kami !

Wednesday, March 27, 2013

permainan

Cerdik kau bermain
cerdik kau berfikir
cerdik kau menguasai
cerdik kau memperdaya
cerdik kau merampas
cerdik kau menipu
cerdik kau memainkan
sekumpulan manusia yang tidak mengenal dunia
khayalan difikiran mereka hanya kau
kau membangkang negara pemimpin manusia sementara

mula belajar

sedang belajar ingin kehadapan
sedang belajar jadi yang pertama
sedang belajar ingin berjaya 
sedang belajar walaupun lemah
lemah untuk berjaya 
keresahan kian membara
persaingan kian sengit
aku terus melangkah merangkak dan berlari
berlari menuju kejayaan

tak tunjuk siapa aku

Dahulu berkongsi rahsia bermadah bersama
berkongsi pendapat 
berkongsi kehidupan
memberi peluang menelan masa untuk bersama
tidak lagi sekarang
malu !
takut !
benci !
tak tunjuk siapa aku
tak kenal siapa lagi aku
kerana aku masih sedar

Saturday, March 23, 2013

takmahu

aku taknak
taknak kekayaaan
taknak harta
taknak perhatian
cuma inginkan kau yang dulu
yang pernah berjanji
yang pernah bersama aku
yang sentiasa ada disisi
tapi sayang kau lupakan
hanya manis mulut bicara.

ibu

ibu,
kau yang pertama
kau yang terakhir
aku sayang kau sepenuh mati
sayang sepenuh jiwa
suka duka bersamamu
dimana saja bersama
tapi sayang takdir ajal memisahkan
kau pergi dulu
pernah aku berdoa
Ya Allah semoga aku pergi dulu sebelum ibuku
tetapi tuhan lebih sayang kau ibu
kau pergi jua

Thursday, September 8, 2011

Sejak
dua menjak
tiga menjak
empat menjak
lima menjak
enam menjak
tujuh menjak
lapan menjak
sembilan menjak
sepuluh menjak ini,
Aku sudah tidak bersajak.